Monday, December 20, 2010

Pasangan Ideal

salam..

rajin aku update blog ni sbb aku bosan skg ni..tak tau nak wat pe walaupun mmg de kije hehehe
pg td cam biasa la..rutin pagi aku,solat subuh,baca quran,siap2 nak g kije(mandi n gosok baju) pastu layan tanyalah ustaz..

tajuk tanyalah ustaz hari ni agak best gak..tajuk tentang Pasangan Ideal...
aku tak tgk sepenuhnya coz time tu la nak gosok baju..nak pakai baju..so dgr n tgk yg mana sempat je..
tapi aku tertarik dgn hadis yg ustaz tu gtau dan aku search dlm internet, alhamdulillah dapat n leh kongsi bersama...hadis tu camni..

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam untuk bersolat dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

kalau pasangan suami isteri sehebat hadis tu..alhamdulillah,syukur sgt..dirahmati Allah tu..secara logiknya mesti rumah tangga suami isteri tu bahagia dan aman..dilimpahi rahmat Allah sokmo.anak2 pun soleh dan solehah..hidup dalam keberkatan.Tu yg memang diimpikan oleh setiap pasangan..



Alhamdulillah.. aku sekarang berjumpa dengan sesorang wanita yg ade ciri2 tersebut..boleh katakan setiap malam wanita tersebut bgn untuk solat..alhamdulillah..moga dia akan menjadi isteri solehah pada suaminya (harap aku la,amin hehee)..bak kata lirik lagu inteam.."bukan aku memuji apa lagi memuja,salah kah ku kagumi,perhiasan dunia"...:)

lagu ni sesuai untuk tajuk tersebut....


ok setakat ni dulu..moga kita mendapat jodoh yang soleh dan solehah kerana itu kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat...amin..

wassalam..

p/s: jodoh ditentukan Allah,wanita solehah untuk lelaki soleh dan lelaki soleh hanya untuk wanita solehah..

No comments:

Post a Comment