Thursday, December 16, 2010

Puasa Sunat Bulan Muharam


Salam...

hari ni aku nak kongsi tentang puasa sunat dalam bulan Muharam..

pagi td macam biasa lah, aku bukak tv9 tuk tgk rancangan Tanyalah Ustaz (rancangan feberet) hehehe..

topik pagi td adalah tentang Asyura..pastu ustaz yg bg ceramah tu bincang tentang puasa pada 10 Muharam..aku pun tetanya..aik,nape aku tak tau?nampak sgt banyak lagi ilmu agama aku tak tau...semakin banyak aku cari semakin banyak aku tak tau..tp takpe..aku akan cari gak..


Ustaz tu ckp sunat puasa pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 atau 9,10 dan 11 Muharam..pastu aku check kalendar hari ni dah 10 Muharam.huhuu...ptt la smlm aku rs cam nak puasa.dah niat smlm tp tba2 tgh mlm smlm cam nak mkn ns kat kedai tepi kemas dewan mat kilau lak huhuhuu..(ns lemak kerang)


pagi td aku pun tanya la sepupu aku..dia ni dak hafiz darul quran dan siswa UIA..(alim lagi dari aku) hehehe...dia gtau lau pose sunat leh lagi niat pagi ni..so aku pun niat puasa sunat..Alhamdulillah, Allah nak bg aku kesempatan puasa sunat pada hari ni..Tq Allah..



aku de gak search dlm internet dan terjumpa blog ulamasunnah.wordpress.com..terperinci diceritakan tentang puasa sunat ini..aku bg link tuk kongsian bersama..




alhamdulillah,aku bersyukur sgt pada Allah sbb bg peluang pada aku puasa hari ni..dan esok insyaAllah aku akan puasa lagi..kita tak tau tahun depan masih ade lagi tak atas bumi ni..jgn lepaskan peluang yg ada..aku dah banyak menyesal tentang perbuatan aku selama ni.so aku tak nak menyesal bila dah tak boleh menyesal (bila mati)..aku akan cari ilmu agama dan mengamalkannya dengan istiqamah dan ikhlas pada Allah..aku juga perlu prepare sebanyak mungkin ilmu agama untuk aku menjadi suami yg soleh pada isteri dan ayah yg baik ada anak2 aku kelak..dan juga aku ingin menjadi anak yg soleh, mendoakan ibu dan bapa kerana doa anak yg soleh saja boleh membantu ibu bapa di akhirat kelak..wallahualam..


setakat ni dulu yg aku leh kongsi..moga perkongsian ni dapat memberi manfaat pada kita semua dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.t...insyaAllah..


wassalam..:)


p/s: lau terlepas hari ni..sok leh puasa lagi..puasa sebulan terus lagi molek :)

No comments:

Post a Comment