Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Juadah Buka Puasa

Salam..

Aku rasa cam rajin pulak nak update hari ni sebab de story nak kongsi hehehe..
pe kaitan ngan tajuk post aku hari ni??bukan bulan puasa pun kn??hehheee..memang bukan bulan puasa tapi aku yg puasa sunat semalam hehhee..so bila dah puasa kena la berbuka..ye dok??

petang semalam lepas aku balik kije, aku terus g kedai ikhwan timur kat depan taman aku tu..dalam kepala memang dah set nak masak daging masak kicap..lama dah tak masak ni.dah puasa ni teringin pulak nak makan daging masak kicap..aku belajar ngan my mom..tq mama :)

time nak beli barang2 masak,aku lupa pe bahan2 nye hehehhe..last2 aku rembat je pe yg aku ingat hehehe..
pas beli barang terus aku pecut balik umah..tukar baju n terus g masak..solat??kawe doh solat td kat surau kolej boh..:)

lama dah dapur umah ijau tu tak berasap..hehehe..lama tak pegang pisau tuk potong daging..mujurlah ada lagi skill hehehe..dan inilah daging yang aku masak..dalam proses masak lagi waktu ni :)






pastu acara memasak diteruskan..campak je yg mana ade..tp resipi rahsia tetap ade..(rahsia turun temurun) hahahha...org putih panggil Secret Recipe ahhahaa..


dan pas kacau bilau sume..campak sana sini..lipat siti situ terus siap..hhahhahaa..dan gini lah jadinya masakan aku bila dah siap...



sedap tak tgk??terliur kah?hehehhee...aku test bg housemate aku mkn,diaorg boleh mkn tu kira ok la hehehhee..
Alahmdulilah syukur pada Allah coz bg bakat tuk aku masak.nnt dah kawen leh aku masak tuk wife aku..nak jadi suami soleh ni kena tau masak gak skit2..bila wife tak larat ke..mengandung ke..leh la masak tuk wife kan?hehehe..

ok setakat ni dulu la..khamis ni insyaAllah lau puasa, aku nak masak lagi..kin ayam masak kicap (kicap lagi) hhehehe..

wassalam...

p/s: jom puasa sama....:)

Monday, December 20, 2010

Pasangan Ideal

salam..

rajin aku update blog ni sbb aku bosan skg ni..tak tau nak wat pe walaupun mmg de kije hehehe
pg td cam biasa la..rutin pagi aku,solat subuh,baca quran,siap2 nak g kije(mandi n gosok baju) pastu layan tanyalah ustaz..

tajuk tanyalah ustaz hari ni agak best gak..tajuk tentang Pasangan Ideal...
aku tak tgk sepenuhnya coz time tu la nak gosok baju..nak pakai baju..so dgr n tgk yg mana sempat je..
tapi aku tertarik dgn hadis yg ustaz tu gtau dan aku search dlm internet, alhamdulillah dapat n leh kongsi bersama...hadis tu camni..

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam untuk bersolat dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

kalau pasangan suami isteri sehebat hadis tu..alhamdulillah,syukur sgt..dirahmati Allah tu..secara logiknya mesti rumah tangga suami isteri tu bahagia dan aman..dilimpahi rahmat Allah sokmo.anak2 pun soleh dan solehah..hidup dalam keberkatan.Tu yg memang diimpikan oleh setiap pasangan..



Alhamdulillah.. aku sekarang berjumpa dengan sesorang wanita yg ade ciri2 tersebut..boleh katakan setiap malam wanita tersebut bgn untuk solat..alhamdulillah..moga dia akan menjadi isteri solehah pada suaminya (harap aku la,amin hehee)..bak kata lirik lagu inteam.."bukan aku memuji apa lagi memuja,salah kah ku kagumi,perhiasan dunia"...:)

lagu ni sesuai untuk tajuk tersebut....


ok setakat ni dulu..moga kita mendapat jodoh yang soleh dan solehah kerana itu kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat...amin..

wassalam..

p/s: jodoh ditentukan Allah,wanita solehah untuk lelaki soleh dan lelaki soleh hanya untuk wanita solehah..