Thursday, December 23, 2010

Manusia Robot?

Salam..
selamat pagi..sahabannur..chaw an..hehehee..
pagi ni aku terfikir nak kongsi cerita skit..

penah tak kita terfikir kenapa Allah mencipta kita?kenapa Allah tetapkan peraturan yang mana leh wat dan yang mana tak leh wat..?..lau kite ade terfikir g2 baguslah.tu salah cara tuk muhasabah diri..

aku pernah terfikir tentang manusia iaitu aku sendiri...diri aku ni..Allah menciptakan aku ni atas tujuan untuk beribadat dan sembah padaNya...tp pe kaitan ngan tajuk aku ni?manusia robot?



ok..kembali pada tujuan manusia diciptakan..tp pernah tak kita terfikir lau kita cipta sebuah robot, kita mesti nak jadikan robot tu yang terbaik yang pernah kita cipta..aku bagi contoh la..sebuah robot atau nama spesifik dia Humanoid atau perkataan lebih tepat iaitu robot menyerupai manusia.robot ini pernah dihasilkan oleh negara maju spt jepun,korea dan amerika.
aku memang minat pasal robot ni sbb tu aku skg kije bidang electric electronic engineering.
Robot yang dihasilkan mempunyai sekitar 20 hingga 30 motor tuk menggerakkannya termasuk motor2 yg diletakkan di stucture muka untuk menunjukkan emosi robot spt manusia (marah,senyum dll).Microcontroller pulak sbg otak untuk mengerakkan robot tu..mesti engineer yang cipta tu programkan untuk melakukan semua arahannya tanpa silap..



cuba bayangkan jika engineer tu dah buat elok2, hias cantik2 dan programkan beribu program pada robot tu tapi robot tu tak ikut arahan engineer tu..bengang tak org yg mencipta robot tu?
aku rasa hancur robot tu kena tibai hehee..

pe yg aku fikir camtulah juga dgn Maha Pencipt iaitu Allah yg mencipta kita ni..dari segi zahir mmg perfect,dalaman pun perfect..tak payah pakai motor tuk menggerakkan anggota badan..tak payah pakai microcontroller tuk kawal pergerakan..semuanya sempurna Allah cipta..

Allah menyuruh kita beribadat padaNya,patuh segala arahanNya dan meninggalkan segala yang dilarangNya..Allah dah setting yg terbaik untuk kita. kita ni siap boleh buat keputusan sendiri lagi...cuma pk yg mana baik dan buruk.yang mana Allah suka dan Allah tidak suka..

Jadi...lau kita tidak ikut arahan Allah,melakukan segala yg dilarang Allah..mesti lah Allah marah..mesti Allah murka..lama2 melakukan kesalahan tanpa bertaubat dan berpatah balik ke jalan yg benar, Allah akan buat tak endah pada kita..lantak lah kau..time tu kita tak dpt rahmat Allah dan hidup kita dalam kesusahan,kerisauan,kegelisahan...

tapi Allah Maha Pengampun dan Penyayang..bertaubatlah kita sebelum terlambat (mati)..sesungguhnya Allah tak tgk permulaan kita tp tgk pada akhir kita..tp jgn tggu tau baru nak taubat,baru nak solat,baru nak tutup aurat,baru nak buat kebaikan..buatlah sekarang time Allah bg masa ni.lau dah mati..tak dpt taubat dah..

memang manusia tak lari dari kesilapan,sebab tu Nabi menyuruh kita selalu bezikir dan bertaubat..solat 5 waktu tepat pada masa..5 minit je bukan lama..lau ngadap laptop atau tv tu 24jam pun boleh..jadi kita ni hidup bukan lama,berbuatlah kebaikan dan tinggal larangan Allah.cuba jadi yang terbaik..aku berpesan pada diri aku juga..sbb tu aku cerita bab ni.nnt aku leh bc lagi pe yg aku tulis ni..

"Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak)."
~~Al-Waqiah [62]

ok setakat ni dulu..lau huraikan bab gini mmg panjang la hehheee..aku bukan ustaz atau org alim nak cerita bab ni..lau ade kesalahan atau kekurangan sila tegur dan betulkan aku ek..aku dlm proses nak tambah ilmu dan beramal dgn amalan yg baik kepada Allah..moga ade istiqamah dan Allah memberkati kita semua..amin..:)..wallahualam...

ok sekian, wassalam..

p/s: jom sama2 kita berubah dan menjadi hamba Allah yang terbaik..amin.:)

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    peringtn yg baik n bermanfaat....
    pngetahuan agama diolah mnjdi lebih mudah n difahami dgn jelas dr segi mksud contoh subject matter nya....

    _hambaAllah_bkn siapa2...

    ReplyDelete